P U L U P U L U
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3065707473514125594\x26blogName\x3dPULUPULU\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://biraomar.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://biraomar.blogspot.com/\x26vt\x3d-6813674024478041334', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
The Bombastik Pulu Pulu



Shy Shy Meow Taking her JPJ test twice~

♥ Nurulkhabira Omar ♥ Bira or Nurul or Khabira or Mok for short ♥ Kluangrians ♥ Finish my Diploma ♥ soon gonna be 21 y/o soon soon :) ♥





Facebook | Twitter | Blogspot



Twitter:




Wishlist:

GRADUATE
KAWEN
TO BE LOVED
HAPPY FAMILY
LG LOLLIPOP/HP BANYAK GAME
JAPAN
LESEN KERETA


Zon Mengumpat:

Silalah berbahasa secomel dan semolek yang mungkin. :D




Resepi

Udang Butter Black Paper
Ayam Goreng Lemon




Menarik

Lelaki Idaman Aweks
Sahabat Vs Kekasih *Tips
Pendapat Lelaki Tentang Make Up
Bagaimana Bersahabat?
Cinta Sampai Mati?


Playback:
UNTITLED 2
written on Wednesday, 7 August 2013 @ 02:09 ✈

Assalamualaikum
Salam Ukhuwah!

Salam Ramadhan al-Mubarak. :)

bersambung...

Berlatar belakangkan lagu Bukan Dia tapi Aku. Cerita aku bersambung.



Kali nii aku nak cerita pasal kawan. Kawan! Saat aku sebut perkataan nii hati aku berdebar lebih dari nampak orang yang aku suka lalu depan aku. Kau tau kenapa? Sebab aku kenal dulu kawan aku baru aku kenal orang yang aku suka. Siapa yang aku akan layan lebih? Iye aku layan kawan aku lebih kadang-kadang keluarga pun aku belakangkan. Ape? Boyfriend aku? Haha! Belum lagi rasmi. So aku akan lebihkan kawan-kawan aku. Nak tau kenapa? Kalau aku tengah syok-syok message dengan En. Awak tetibe member aku datang bilik ajak bebual, kadang-kadang aku lupa dah nak balas message si pakcik sorang tuu. Sampai nnt die akan hantar message kedua dan ketiga nak ingatkan aku tak balas message die lagi. Haha! Aku kalau dah jumpa geng memang lupa diri. Tapi.... masih lagi ada kawan aku yang kata aku lupa kat diorang dah jarakkan diri aku dengan diorang. Aku tak tau laa macam mana nak buat lagi bagi puaskan hati diorang. Mungkin aku patut cakap kat En. Awak mcm nii kot "Awak saya terpaksa putuskan hubungan kite yang ada tak ada nii, sebab awak kawan-kawan saya kata saya dah lupakan diorang..bye awak" hmm... Mungkin dengan aku cakap macam nii kawan-kawan aku akan berpuas hati sebab sepanjang umur hidup aku akan bersama dengan diorang. Kan? Nak tau tak? Bukan senang aku nak bahagikan masa aku lepak buat keje lagi nak message lagi. Aku bukan ROBOT. Aku ada perasaan. Tolong faham aku. Aku dapat rasa takkan ade yang pernah faham aku. Perangai naik turun aku. Aku memang nampak macam happy go lucky, cakap nak betul je, ego melambung-lambung bla bla bla. Tapi memang korang pernah xray ape dalam hati aku. Sikap aku bila aku sorang-sorang lain. Bila aku dengan budak rumah lain. Bila aku dengan budak kelas lain. Bila dengan budak Frisbee lain. Diorang semua kawan aku. So aku cuba buat yang terbaik. Walaupun aku tau takde laa baik manapun perangai aku dengan member aku. Cakap pun pakai lepas sukati aku. Aku tau ada yang terasa hati. Sorry. 



Kawan, Sahabat, Teman
Aku nak korang semua tau. Semester nii semester last aku kat UiTM Kuala Pilah nii *insyaAllah* Sebelum aku nak pegi praktikal nii aku nak cipta kenangan indah. Aku boleh dengar semua masalah korang tapi jangan terlalu berharap aku dapat selesaikan masalah tuu. Aku boleh dengar semua cerita gembira korang tapi jangan terlalu berharap aku dapat turut sama rasa ape yang korang rasa. Aku cuma boleh menjadi pendengar. InsyaAllah aku cuba cuba dan terus cuba memahami ape yang korang rasa. Maaf aku manusia yang memerlukan masa yang amat panjang untuk memahami ape yang korang rasa. Aku tak berperikemanusiaan? Haha! Aku kawan korang kan? Terimalah aku seadanya. Aku tak suka dipaksa dan memaksa. Aku tak suka bila aku kata tak suka korang tetap paksa aku. Sape yang sukakan paksaan? Gila mungkin. Orang gila bila dipaksa masuk hospital memang diorang pun tak suka. Samalah aku yang masih waras ni. Kalau korang kawan aku korang takkan pernah paksa aku. Aku nak korang faham bila aku dah buat muka tak suka mean aku tak suka. Entry sebelum nii aku dah ada bagitau. Aku memang memberontak. Dan bila korang rasa aku lain macam tuu jangan diganggu even sepatah kata pun akan buat aku rasa annoying walaupun kata-kata tuu tak salah. Dan magsanya adalah sesiapa yang gatal mulut gatal tangan mengganggu aku. Bila aku dah badmood jangan pernah salahkan aku kenapa korang tetibe kena marah tetibe aku tak layan korang. Tapi aku tetap nak mintak maaf sebab sebelum nii aku tak pernah nak cerita sape diri aku sebenar. Aku tau, tak semua kawan aku baca blog aku nii. Tapi inilah medium aku nak luahkan perasaan ape yang terbuku dalam hati aku. Kenapa aku tak cakap depan? Sebab kau tak rasa ke kalau aku cakap sekasar nii depan-depan korang dan korang pun tau nada aku bercakap macam mana, walau selembut mana aku cakap mesti menyentap menusuk kalbu korang. Maaf aku bukan manusia yang reti berlembut bila bercakap. Korang pun tau kalau aku bercakap satu blok boleh dengar aku bercakap. Agak-agak ape akan jadi kalau aku cakap dengan korang pasal nii. Aku YAKIN dan PASTI pasti ada yang akan rasa tak suka atau tak puas hati bila aku cakap.

Aku tau aku bukan sahabat, kawan dan teman yang baik. Bukan penyelesai masalah yang baik. Dalam aku nasihat korang kadang-kadang aku nasihat diri sendiri. Yelaa orang degil macam aku nii ape je orang cakap bukan nak dengar. So kenalah pandai-pandai ubah diri. Aku kalau orang nasihat aku orang yang nasihatkan tuu mesti rasa menyampah lagi-lagi bila tang aku buat muka, aku menjawab aku macam-macam lagi. So ade sape2 tahan peragai aku nii tanpa ada rasa kecil hati even sebesar zarah pun. Haha! Aku bet ramai akan kecil hati dengan perangai aku yang tak senonoh nii kalau tak banyak sikit tuu mesti ada. Okay aku cuba try test untuk mengubah diri aku kearah lebih baik. Lagi-lagi bulan puasa yang mulia ni. Syaitonirajim dah takde kena ikat makanya aku enggak perlu berperagai seperti golongan itu. -_-''



Kawan-kawan. Aku nii takde laa jahat sangat takde laa baik sangat. Aku hanya manusia luar biasa yang sentiasa mencari jalan hidupku yang sebenar. Aku senang marah senang tenang bila dah jadi aku maafkan tapi aku bukan melupakan. MEMORIES NEVER DIES DUDE~ *kecuali aku hilang ingatan*


I'M WARN YOU "BILA AKU MARAH,BAD MOOD, KECIK HATI, SAKIT HATI WHAT SO EVER JANGAN MENGADA MENGGEDIK BAIK HATI MEMUJUK, JANGAN MENENANG, JANGAN NASIHAT, JANGAN BERCAKAP DENGAN  AKU SEBELUM KORANG DIMAKI ATAU AKU BUAT MUKA MACAM PUAKA, AKU BUAT PERANGAI MACAM C*****. SORRY THIS IS ME DON'T EVER TRY TO CHANGE ME OR ADVICE ME TO CHANGE. CAUSE I HATE THAT. THANK YOU accept me or get out from my life. MYOB :)

Sebelum tuu nak ucap Selamat Menyambut Aidilfitri tak lama lagi. Maaf Zahir Batin. :)








nota dahi : don't judge me if you don't know who am I and also if you already know me. People change sometimes fast sometime slow :)

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Fully edited by Bira
Do you know ? Honesty is the best policy in life