P U L U P U L U
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3065707473514125594\x26blogName\x3dPULUPULU\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://biraomar.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://biraomar.blogspot.com/\x26vt\x3d-8735217121887651722', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
The Bombastik Pulu Pulu



Shy Shy Meow Taking her JPJ test twice~

♥ Nurulkhabira Omar ♥ Bira or Nurul or Khabira or Mok for short ♥ Kluangrians ♥ Finish my Diploma ♥ soon gonna be 21 y/o soon soon :) ♥





Facebook | Twitter | Blogspot



Twitter:




Wishlist:

GRADUATE
KAWEN
TO BE LOVED
HAPPY FAMILY
LG LOLLIPOP/HP BANYAK GAME
JAPAN
LESEN KERETA


Zon Mengumpat:

Silalah berbahasa secomel dan semolek yang mungkin. :D




Resepi

Udang Butter Black Paper
Ayam Goreng Lemon




Menarik

Lelaki Idaman Aweks
Sahabat Vs Kekasih *Tips
Pendapat Lelaki Tentang Make Up
Bagaimana Bersahabat?
Cinta Sampai Mati?


Playback:
UNTITLED
written on Sunday 14 July 2013 @ 03:03 ✈

Assalamualaikum
Salam Ukhuwah! :)




Lama dah rasanya tak update blog.
Idea tengah kering. Busy dengan projek sana projek sini.
Budak Dip Sains sibuk dengan projek bio dengan ENT, yang tang aku nii sibuk projek IS dengan ENT. Semester nii macam biasa kalau dah banyak projek sah-sah laa banyak duit bye-bye. Standard student yang macam aku hanya mengharapkan duit PTPTN semata-mata. Kalau boleh nak buat kerja sambilan, tapi nanti risau pulak aku kerja sendiri kemana kerja sambilan kemana. So aku keje sikit-sikit laa dengan Kak Qin. Buatkan poster Bow & Arrow M'sia syarikat die. Alaa biasa laa. beniaga kecik2. InsyaAllah besar tak lama lagi. Doakan laa ye. 

Okey. Tajuk aku "UNTITLED? haha! Saje. Random topic aku nak cerita. Ade pasal hati, pasal kawan, pasal keluarga, pasal masyarakat. So ape sebab aku nak buat cerita tajuk nii? hmm kalau nak teruskan membaca teruskan, kalau tak harap maklum aku pun tak kesah. Kite hidup dalam kerajaan yang demokrasi. #takmasal
Opss! lari topik aku tak nak sentuh pasal isu politik and what so ever laa. Umur aku pun tak cukup 20 lagi. :P Okay topik-topik yang aku pilih nii saling berkaitan. Kali nii aku nak buat version episod laa macam syok. Cerita kali nii aku harap takde sape laa nak terasa tekena batang hidung sendiri ke anak tekak sendiri ke kepala lutut sendiri ke. Cerita ini random jadi harap semua jangan berfikiran seperti manusia tak waras.




Berlatarbelakangkan lagu Hanya Aku - Hyper Act aku mula bercerita. 

Well, macam manusia lain aku pun dilahirkan dengan perasaan. Semua makhluk Allah dilahirkan mempunyai perasaan. Aku tidak terkecuali dalam golongan itu. Kite bukan robot yang di setkan bila masa nak sedih bila masa nak gembira nak kecewa. Semua tuu datang dengan sendiri. Topik hati yang aku maksudkan bukan tertumpu hanya pada cinta sesama jantina mahupun berlainan jantina. Hati. Segumpal darah yang menghidupkan perasaan dalam diri manusia. Lakarkanlah lukisan indah pada hati. Iye aku tak mempunyai hati semulia dan seindah mujahidah mujahidah zaman para sahabat. Tapi tak salah mencuba merubah warna hati kite. And of coz bukan sekelip mata boleh berubah seperti yang orang harapkan. No! Jangan dipaksa. Kite tegaskan. Beri panduan. Jiwa macam aku nii jiwa memberontak secara diam pada mulanya dan terkeluar pada akhirnya. Mungkin ade jiwa macam jiwa aku ade jugak jiwa lembut atau jiwa keras kalah titanium. Dan sekarang fasa aku memberontak secara terang-terangan. Maaf kepada sesiapa yang menjadi mangsa pemberontakan aku. Harap korang faham aku nii macam mana. Dah lama aku simpan. Dan sekali lagi aku nak bagi tau aku nii seorang pendendam. Sejak bila? Maaf aku katakan sejak dari zaman kanak-kanak. Aku memang pendendam. 

Yes! aku tau pendendam tuu tak bagus untuk otak, badan dan kesihatan. Aku cuba ubah diri aku dari jadi pendendam kepada yang lebih baik. Tapi kadang-kadang aku rasa dendam aku nii dendam yang belum ke tahap nak membunuh orang laa. Aku hanya mampu membunuh watak-watak yang aku benci dalam minda aku je. Jadi diminta faham aku nii macam mana. Sometimes aku rasa aku nii complicated sebab aku yang jadi diri aku nii complicated sampai orang kata aku berubah laa aku dah tak macam dulu and what so ever bla bla bla dan tiba-tiba pulak bila jumpa kawan sekolah aku diorang kata aku nii sama je tak berubah perangai. Am I change or else? So conclusion yang aku boleh katakan yang terjadi kat diri aku niii sebenarnya aku berubah ikut cara orang tuu layan aku macam mana. Bila baik aku baik ikut mood jugak. Bila aku marah jangan pernah tenangkan aku. Aku boleh tenang sendiri. 

Bila aku kata tak suka mean aku tak suka, aku kata aku tak nak mean aku tak nak. Dan tetibe bila aku ubah decision aku last minute selalunya SEBAB aku kesian. Dalam hati aku? Of coz laa bercampur baur. Kesian ada bengang ada terpaksa ada simpati ada. So semua nii bercampur baur menyebabkan sampai satu tahap otak aku macam dah tak boleh nak function normal.  Ye laa kena fikirkan pasal orang lain kalau aku buat macam nii nanti die terasa, kalau aku buat macam nii mesti die suka kalau itu kalau ini kalau kalau kalau... Dan antara sebab-sebab ini jugaklah aku tetibe boleh berubah. Dan aku akan mencipta seribu satu alasan yang boleh tenangkan hati aku sendiri. See aku rasa korang yang baca nii dah mula ragu aku nii macam mana sebenarnya or dalam otak korang fikir:




"pompuan nii psiko, gila mungkin"
"budak nii ada tekanan perasaan nii"
"budak nii ada masalah kecelaruan identiti"
"malas dah nak baca pasal budak nii. buang masa aku je. ciss"
"entry panjang berjela, input jadah takde langsung"

Mungkin wujud dialog-dialog macam nii. Aku kesah ape. Ini diri aku yang sebenar. Blog nii tempat aku nak luahkan segala. Mungkin ada medium lain sebagai tempat kite nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati kite semua, tapi aku jadikan blog sebagai medium aku. Supaya manusia-manusia yang membaca blog aku tahu wujudnya makhluk seperti aku. Supaya kawan-kawan aku yang sudi bukak blog aku tahu aku nii macam mana. Diri aku yang kat luar berbeza dengan dalam blog. Bukan nak talam 13 muka. Kat luar aku tak boleh nak out spoken sangat nanti ada yang terasa hati bila aku bercakap dalam nada yang kasar. Well zaman sekolah rendah aku adalah zaman kaki mencarut tahap 18sx 18sg, zaman jahiliayah kata-kata. Dan bila masuk sekolah menengah aku ubah diri aku menjadi lebih baik. Tinggalkan yang buruk-buruk kat belakang. Tinggal tudung senteng aku padahal time sekolah rendah tudung aku tak senteng pun. Hahaha! Dan bila tiba di universiti aku dah keluarkan sedikit demi sedikit sifat aku yang dulu. Sikap lawan kata and aku nii memang semula jadi degil so sape yang rasa-rasa aku dengar ape yang korang suruh buat tuu maknanya hati aku half-half je laa. So no heart felling laa. Dah besar kan so fikiran kenalah terbuka jangan semua benda nak kongkong. 

Aku jenis yang tak boleh sape halang aku buat ape yang aku suka. Bila aku kata aku suka buat benda tuu mohon jangan nak lengahkan masa aku buat benda lain sebab aku paling menyampah bila jadi macam tuu. So bila aku buat muka maknanya aku tak suka. Sape yang dah lama kawan dengan aku still tak faham still paksa-paksa aku buat yang aku tak suka buat tuu mohon sedar diri. Jangan kata aku buat muka ape laa. Yelaa kalau aku halang atau lengahkan masa korang dari buat benda yang korang suka mesti korang marah aku. Jangan kata tak marah. Aku tak percaya. Sebab tuu aku biasa sorang-sorang. Tak sakitkan hati sendiri tak sakitkan hati orang, tapi kite ada tujuan Allah ciptakan hidup dalam dunia nii sampai sekarang. Fahami tujuan hidup kita. 

PLEASE UNDERSTAND ME


Okay sekarang kes KALAU korang yang ada bf/gf. Mungkin korang faham tapi buat-buat tak faham. Aku tak tau laa. Yelaa sebelum nii semua single-single takde pasangan. Masa pun dapat luangkan sama-sama. Tapi tapi tapi tapi bila kite dah ada pasangan masa kite nak bahagi kepada 5. Ape benda 5 tuu? Satu! Allah dan Rasul. Dua! Diri Sendiri. Tiga! Ayah Ibu. Empat! Sahabat. dan terakhir Lima! Bf/Gf korang nu haa. Nak bandingkan pulak dengan masa single. Walaupun hanya satu perbezaan tapi sebenarnya jarak perbezaaan tuu sangat besar. Aku bukan jenis yang lupa kawan walaupun ada yang kata macam tuu. Hak setiap orang nak bagi pendapat kan takkan nak halang. So aku pun berhak memberi pendapat bahawasanya aku bukan lupa kawan. Jangan sebab aku jarang dapat luangkan masa dengan korang semua aku dicop lupa kawan. Alangkan dengan family pun aku jarang dah nak lepak. Ini semua bukan sebab status korang tuu yang dah couple ke berkeluarga ke berscandal ke segala berberber laa. Ini sebab masa. Semakin meningkat usia semakin busy kite semua. Masa kecik sibuk nak bermain bila besar sibuk nak bekerja. Kalau macam tuu lebihkan sikit pasangan kite, kite terus dilabel lupa kawan pastu tarik muka pastu pasti pasta. FOREVER MEMBUJANG laa aku macam tu. Tak adil tak adil. Aku tau mesti ada yang rasa aku punya entry nii macam tak menghargai kawan yang sayang kat kite. Well come on man, kite tak semesti pernah berada dalam "kasut" yang sama. Kasut kat sini aku maksudkan situasi yang dialami. Mungkin pernah ada ala-ala sama laa tapi hati kite dengan hati kawan kite berbeza. Mungkin kite asyik ingat nasib kite nii alami persahabatan yang sadis laa kawan aku lupakan aku laa ape-ape laa. Tapi pernahkah kite fikir ape yang sebenarnya kawan kite tengah cuba usahakan? Usaha untuk agih masa dengan korang pada masa yang sama untuk family die dalam masa yang sama jugak untuk diri sendiri. See how complicated. Positive sangat laa kau nii Bira. NO! kalau nak asyik negative je tak jalan otak kawan-kawan oii. Seimbangkan. Fikirkan pasal kawan kite tuu cuba letakkan kite dalam kasut die. Jangan sekali bandingkan diri dia dengan diri kite. Kenapa aku boleh kau tak boleh. Kenapa tuu boleh kau tak boleh. Kenapa kenapa kenapa? Kenapa kena bandingkan? Kenapa? Kalau kite nak membantu kasik contoh yang terbaik. Contohnya tokoh-tokoh kite ibu bapa kite. Kenapa nak tokoh ke ibu bapa? Kenapa tak bandingkan dengan diri kite? Amik cermin tengok cermin tuu hari-hari selagi tak jumpa siapa diri sebenar kite tengok je laa cermin tuu. 

Okay untuk situasi aku nii. Ade je kata aku berubah sejak kenal En.Awak. Well sebelum hubungan aku dengan die lebih serious aku ada tanya die marah tak kalau aku lebihkan kawan-kawan aku dari die. Dan dia kata die tak kesah SEBAB aku KENAL KAWAN AKU SEBELUM DIA. So tanpa ragu dan gusar aku akan sentiasa lebihkan kawan aku dari dia. Tapi tak semmua nampak benda tuu. Sayang-sayangku sekalian. Korang depan aku nampak ape aku buat. dan dia jauh jarang contact dengan aku tak salahkan faham situasi aku. Dan aku tak suka dan sangat sangat sangat tak suka kalau ade orang bandingkan aku dengan hidup die cara die bercinta cara die berkawan. Nak cerita aku dengar tapi kalau ade yang bandingkan aku cukup menyampah. Muka aku rileks je masa dengar korang pot pet pot pet korang tau tak aku terasa? Tak kan???So kat sini aku nak bagitau sape-sape member aku yang baca entry nii aku nak korang faham aku nii macam mana sebenarnya. Agak-agak masa aku cuti message dengan korang tuu maknanya memang aku tengah luangkan masa nak message dengan korang. Bukan sebab aku bosan takde geng nak message. Ade je geng tapi aku nak luangkan masa dengan korang so kalau nak layan sila layan saya kalau tak nak aku pun tak kesah. Aku jarang memulakan message atau call. Semua orang yang start dulu. Jadi faham-faham laa aku nii macam mana. Untung kalau aku start dulu. Aku memang susah laa nak start message. Kalau korang kawan aku korang faham aku. Terima kasih laa kat member2 sekolah walaupun dah lama tak contact tapi bila cuti kite jumpa dan berbual macam tak pernah berpisah sedangkan kite semua berjumpa hanya bila berkesempatan je. Terima kasih sebab memahami. :)



Bersambung...(UNTITLED 2)






Nota dahi: "Penjual ikan" tak rasmi negara semakin bertambah semakin menyakitkan hati. Kalau tak suka entry panjang aku nii boleh tutup blog aku dan bukak tab lain laa. TQ

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Fully edited by Bira
Do you know ? Honesty is the best policy in life