The Bombastik Pulu Pulu Facebook | Twitter | Blogspot Twitter: Tweets by @biraomar Wishlist: Zon Mengumpat: Silalah berbahasa secomel dan semolek yang mungkin. :D Resepi Udang Butter Black Paper Ayam Goreng Lemon Menarik Lelaki Idaman Aweks Sahabat Vs Kekasih *Tips Pendapat Lelaki Tentang Make Up Bagaimana Bersahabat? Cinta Sampai Mati? Playback:
Bulan Mengambang:
March 2011 May 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013 February 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 October 2013 November 2013 April 2014 Link exchange : awesome :) Vivalavida EYEHAWKIANS WARRIORS |
Mata 1
written on Friday, 18 January 2013 @ 01:04
✈
Assalamualaikum
Salam
Ukhuwah
Hai
kawan-kawan
Ingat
lagi tak pasal post yang lepas pasal aku jumpa pakar mata.
Ikuti
cerita seterusnya.
HARI PERTAMA (16/01/13)
Aku
bertolak dari UiTM ke hospital dalam pukul 10 lebih. Member aku Hanis yang
bawak kereta diiringi bala tentera si
Syira, Hani dengan Jannah. So bermulah pengembaraan aku ke Hospital Tunku
Ampuan Najihah, Negeri Sembilan. Hanis
pegi hantar kanak-kanak tadi ke Hotel Melang untuk uruskan pasal dinner tekstil.
Pastu Hanis terus teman aku pegi hospital. Sampai je hospital masuk laa Klinik
Pakar 1 iaitu Klinik Pakar Mata.
Aku
sampai- sampai terus pegi kaunter pendaftaran. Daftar nama, ambik no giliran. Adalah
dalam 1 jam tunggu. Keliling aku semua atuk, nenek, mak cik, dengan pak cik.
Terasa diri ni berusia. *Tak masal.
Haha!
Tetibe
nama aku kena panggil dengan ada sorang abang nii. Yelaa nak cek mata kan. So die ade bagi alat menda tah tutup sebelah
mata dan tengok laa huruf berapa jauh daa. Tapiaku stillboleh Nampak lagi.
Alhamdulillah. Tuu untuk mata kiri. Kalau mata kanan aku dah istighfar dah sebab even huruf paling besar aku tak
nampak.
“Bang
tak nampak langsung laa.”
“Tak
nampak dik biar betul. Bahaya nii. “
“Betul
bang saya tak nampak apa-apa pun nii.”
“Kesat
air mata tuu dulu. Adik kena kuatkan semangat dik”
Kesat-kesat
air mata. Lap-lap air mata berjurai-jurai
.
“Okay
dah nampakdah bang”
“Haa
macam tuu laa… Bagus-bagus”
Tunggu
punya tunggu doctor panggil masuk bilik 7. So jalan laa pegi bilik 7. Sekali
nama kena panggil masuk bilik 4. Rupanya salah announce. Masuk bilik 4. Jumpa
doctor terangkan semua benda yang dah jadi kat mata nii.
So
doctor suruhlah letak mata kat tempat nak cek mata tuu. Letakje doctor
suluh-suluh. Usik2 mata. Pandang atas pandang bawah. Tang mata kiri yang jadi
sedih tuu. Doctor kata pandang atas die nampak selaput mata yang sangat banyak
dalam mata aku.Sangat tebal!! Sodie kata
saya nak tengok sikit ye. Aku pun iye kan je laa. Die amik putik kapas
yang putih suci murni tuu lalu die seletputik kapas tuu pada bahagian kelopak
mata bawah.
Dannnnn aku menjerit sakit. Ofcourse laa sakit kan. Dan yang aku
nampak lepas tuu putik kapas tuu
berdarah semerah darahlaa kan..
Doktor
tuu berkata “Awak masuk bilik 7 semula dan kita nak cucimata awak kerana mata
awak sudah rosak teruk! Awak dating jumpa doctor terlalu lambat!” *tak
pasal-pasal aku kena marah semata-mata tak nak tinggal kan lab kat Shah Alam.
Nasib~ Nasib~
So
dalam bilik 7 tuu aku disuruh baring atas kerusi macam nak cuci gigi tuu. Aku
pun baring dengan syok nya tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi pad mata
aku. Doktor mula-mula sekali die letak ubat kebas atau bius cecair titis pada
mata aku. Pedih sikitlaa kan. Then die suruh bukak mata kanan pandang atas. Die
mengeluarkan putik kapas yang baru dan membersihkan kelopak mata bawah aku.
YaAllah masa tuu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya ape yang aku rasa.
Sebabnya ubat bius tadi tak lut langsung kat aku. Then die bersihkan kelopak
mata atas aku dengan mengelepet kelopak mata atas aku ke atas sehabis=habisnya
dan membersihkannya dengan dengan putik kapas yang baru. Begitu juga yang
terjadi pada mata kiri aku. Aku menangis meronta sepak segala benda kat situ,
langsir terbukak balik.Sebab aku rasa macam lidi pengcungkil gigi yang digunakan padahal putik kapas je
pun. Rasa tak macam mana aku rasa. Kalau cerita FTF aku buat laa gaya sekali
kan. -_-
Tetiba
ada pakcik masuk duduk sebelah kerusi aku. Die tanya kat doctor tuu 2 kali dan
menyebabkan aku ketawa sambil menangis “Doctor, doctor! Doctor nak korek mata
saya ke nak tengok je”. Doktor tuu jawab nak tengok je sambil ketawa. Adoii.
Comel laa pakcik nii.
Mungkin
pak cik tuu ingat mata die nak kena korek macam aku jugak kot. Dah laa pak cik
tuu comel.Haish! Selesai je proses “cuci mata” doctor tuu kata “Cuci muka awak,
muka awak sudah berdarah-darah” aku igt darah sikit! Rupanya selambak kat muka.
Macam ceritaa hantu dah..Pakcik tuu sempat berbual dengan aku die tanya aku nii
sakit mata ke tak nampak. Aku jawab laa aku nii sakit mata. Die kata die tuu
dah tak nampak. Baiasalah orang tua pandangan mungkin kabur.
So
masuk balik bilik 4 dan doctor kasik aku MC satu minggu, Dia kata jaga mata
jangan bergaul dengan orang. Hari-hari kena cuci mata. K fine. Hari-hari okay
aku kena pegi hospital bukan MC kosong semata!!! Nantikan hari kedua aku di hospital alone. :)
Maaf kalau typo tak nampak. Maaf kalau panjang sangat kalau sudi bacalah. :)
nota dahi : Ya Allah kuatkanlah semangat aku. Aku terus call akak
aku dan ibu aku. Diorang kasik laa kata-kata semangat. Sumpah aku rasa macam
nak peluk je mak aku sekarang. Aku rindu sangat die dah sebulan nak masuk bulan
ke 2 dah aku tak jumpa die. Balik Kluang aku nak ajak tido sama-sama bentang
toto dpan tv. I Miss You IBU!!
3 comment[s] | back to topSore Eyes
written on Monday, 14 January 2013 @ 00:34
✈
Assalamualaikum
Salam Ukhuwah.
First of all.
Lama tak update blog.
Berabuk dah. Fuhhfuhh~
Cerita lama tapi update macam baru.
Okay nak cerita yang memula sekali.
Sore eyes
Rasa dah bukan sore eyes dah nii
teruk dah nii.
Mata aku dah ada selaput kat bhg depan dah tutup pandangan mata aku.
Aku dah jadi macam org rabun teruk. *padahal tak rabun pun.
Bila bangun pagi aku tak nampak ape2 melainkan rasa sakit dan gelap.
Mata pulak makin membengkak.
Aku dah start demam.
Tiap kali letak ubat tiap kali tuu jugak meraung.
*maaf kalau typo pandangan hanya 40% je nampak.
Rabu ni bersamaan dengan 16 JAN 2013 aku akan jumpa doktor pakar mata.
Nantikan berita mata ini seterusnya.
Adios!
nota dahi : Allah uji kita macam-macam cara. Suka dan duka. Sihat dan sakit. Terima dengan redha. Mungkin dengan cara ini kita lebih dekat denganNya. Sesungguhnya hamba yang diuji tanda Dia sayang dan ingat pada kita.-InsyaAllah-
*Saat menakutkan untuk aku adalah saat bila masa aku bukak mata dan aku tak nampak apa-apa :'( 0 comment[s] | back to top |