P U L U P U L U
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3065707473514125594\x26blogName\x3dPULUPULU\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://biraomar.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://biraomar.blogspot.com/\x26vt\x3d-8735217121887651722', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
The Bombastik Pulu Pulu



Shy Shy Meow Taking her JPJ test twice~

♥ Nurulkhabira Omar ♥ Bira or Nurul or Khabira or Mok for short ♥ Kluangrians ♥ Finish my Diploma ♥ soon gonna be 21 y/o soon soon :) ♥





Facebook | Twitter | Blogspot



Twitter:




Wishlist:

GRADUATE
KAWEN
TO BE LOVED
HAPPY FAMILY
LG LOLLIPOP/HP BANYAK GAME
JAPAN
LESEN KERETA


Zon Mengumpat:

Silalah berbahasa secomel dan semolek yang mungkin. :D




Resepi

Udang Butter Black Paper
Ayam Goreng Lemon




Menarik

Lelaki Idaman Aweks
Sahabat Vs Kekasih *Tips
Pendapat Lelaki Tentang Make Up
Bagaimana Bersahabat?
Cinta Sampai Mati?


Playback:
Mata 1
written on Friday 18 January 2013 @ 01:04 ✈


Assalamualaikum
Salam Ukhuwah


 




Hai kawan-kawan
Ingat lagi tak pasal post yang lepas pasal aku jumpa pakar mata.
Ikuti cerita seterusnya.

HARI PERTAMA (16/01/13)

Aku bertolak dari UiTM ke hospital dalam pukul 10 lebih. Member aku Hanis yang bawak kereta  diiringi bala tentera si Syira, Hani dengan Jannah. So bermulah pengembaraan aku ke Hospital Tunku Ampuan Najihah, Negeri  Sembilan. Hanis pegi hantar kanak-kanak tadi ke Hotel Melang untuk uruskan pasal dinner tekstil. Pastu Hanis terus teman aku pegi hospital. Sampai je hospital masuk laa Klinik Pakar 1 iaitu Klinik Pakar Mata.

Aku sampai- sampai terus pegi kaunter pendaftaran. Daftar nama, ambik no giliran. Adalah dalam 1 jam tunggu. Keliling aku semua atuk, nenek, mak cik, dengan pak cik. Terasa diri ni  berusia. *Tak masal. Haha!

Tetibe nama aku kena panggil dengan ada sorang abang nii. Yelaa nak cek mata kan.  So die ade bagi alat menda tah tutup sebelah mata dan tengok laa huruf berapa jauh daa. Tapiaku stillboleh Nampak lagi. Alhamdulillah. Tuu untuk mata kiri. Kalau mata kanan aku dah istighfar  dah sebab even huruf paling besar aku tak nampak.

“Bang tak nampak langsung laa.”

“Tak nampak dik biar betul. Bahaya nii. “

“Betul bang saya tak nampak apa-apa pun nii.”

“Kesat air mata tuu dulu. Adik kena kuatkan semangat dik”

Kesat-kesat air mata. Lap-lap air mata berjurai-jurai
.
“Okay dah nampakdah bang”

“Haa macam tuu laa… Bagus-bagus”

Tunggu punya tunggu doctor panggil masuk bilik 7. So jalan laa pegi bilik 7. Sekali nama kena panggil masuk bilik 4. Rupanya salah announce. Masuk bilik 4. Jumpa doctor terangkan semua benda yang dah jadi kat mata nii.
So doctor suruhlah letak mata kat tempat nak cek mata tuu. Letakje doctor suluh-suluh. Usik2 mata. Pandang atas pandang bawah. Tang mata kiri yang jadi sedih tuu. Doctor kata pandang atas die nampak selaput mata yang sangat banyak dalam mata aku.Sangat tebal!! Sodie kata  saya nak tengok sikit ye. Aku pun iye kan je laa. Die amik putik kapas yang putih suci murni tuu lalu die seletputik kapas tuu pada bahagian kelopak mata bawah. 

Dannnnn aku menjerit sakit. Ofcourse laa sakit kan. Dan yang aku nampak lepas tuu  putik kapas tuu berdarah  semerah darahlaa kan..
Doktor tuu berkata “Awak masuk bilik 7 semula dan kita nak cucimata awak kerana mata awak sudah rosak teruk! Awak dating jumpa doctor terlalu lambat!” *tak pasal-pasal aku kena marah semata-mata tak nak tinggal kan lab kat Shah Alam. Nasib~ Nasib~

So dalam bilik 7 tuu aku disuruh baring atas kerusi macam nak cuci gigi tuu. Aku pun baring dengan syok nya tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi pad mata aku. Doktor mula-mula sekali die letak ubat kebas atau bius cecair titis pada mata aku. Pedih sikitlaa kan. Then die suruh bukak mata kanan pandang atas. Die mengeluarkan putik kapas yang baru dan membersihkan kelopak mata bawah aku. YaAllah masa tuu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya ape yang aku rasa. Sebabnya ubat bius tadi tak lut langsung kat aku. Then die bersihkan kelopak mata atas aku dengan mengelepet kelopak mata atas aku ke atas sehabis=habisnya dan membersihkannya dengan dengan putik kapas yang baru. Begitu juga yang terjadi pada mata kiri aku. Aku menangis meronta sepak segala benda kat situ, langsir terbukak balik.Sebab aku rasa macam lidi pengcungkil  gigi yang digunakan padahal putik kapas je pun. Rasa tak macam mana aku rasa. Kalau cerita FTF aku buat laa gaya sekali kan. -_-
Tetiba ada pakcik masuk duduk sebelah kerusi aku. Die tanya kat doctor tuu 2 kali dan menyebabkan aku ketawa sambil menangis “Doctor, doctor! Doctor nak korek mata saya ke nak tengok je”. Doktor tuu jawab nak tengok je sambil ketawa. Adoii. Comel  laa pakcik nii.

Mungkin pak cik tuu ingat mata die nak kena korek macam aku jugak kot. Dah laa pak cik tuu comel.Haish! Selesai je proses “cuci mata” doctor tuu kata “Cuci muka awak, muka awak sudah berdarah-darah” aku igt darah sikit! Rupanya selambak kat muka. Macam ceritaa hantu dah..Pakcik tuu sempat berbual dengan aku die tanya aku nii sakit mata ke tak nampak. Aku jawab laa aku nii sakit mata. Die kata die tuu dah tak nampak. Baiasalah orang tua pandangan mungkin kabur.

So masuk balik bilik 4 dan doctor kasik aku MC satu minggu, Dia kata jaga mata jangan bergaul dengan orang. Hari-hari kena cuci mata. K fine. Hari-hari okay aku kena pegi hospital bukan MC kosong semata!!!  Nantikan hari kedua aku di hospital alone. :)
Maaf kalau typo tak nampak. Maaf kalau panjang sangat kalau sudi bacalah. :) 





nota dahi : Ya Allah kuatkanlah semangat aku. Aku terus call akak aku dan ibu aku. Diorang kasik laa kata-kata semangat. Sumpah aku rasa macam nak peluk je mak aku sekarang. Aku rindu sangat die dah sebulan nak masuk bulan ke 2 dah aku tak jumpa die. Balik Kluang aku nak ajak tido sama-sama bentang toto dpan tv. I Miss You IBU!!


3 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Fully edited by Bira
Do you know ? Honesty is the best policy in life